Mengenai tajuk entry ini, aku tipu. Sebenarnya ada unsur-unsur lucah yang ingin aku selitkan di sini iaitu isu LUCAH yang sepatutnya menjadi RAHSIA dalam kelambu, atau dalam bilik hotel atau di mana jua ianya dipraktikkan, atau diadakan berita yang ia dipraktikkan(maksudnya cerita lucah yang diada2kan). Tidak kiralah ianya berlaku atau tidak, sepatutnya ini RAHSIA. Sekali lagi aku ulangi, RAHSIA.
Akan tetapi, isu LUCAH(luar atau dalam tabii terserahlah) tidak lagi dianggap sebagai rahsia dalam kelambu di negara kita tercinta Malaysia ini. Atau dikenali dengan negara serba boleh, negara boleh, boleh blah, atau secara ringkasnya, BOLEHLAND. Ya, BOLEHLAND. Malaysia Boleh! Segalanya boleh!!! Melayu boleh!.ops. terlebih sudah.
Pasal isu ini, aku rasa seperti orang bodoh apabila diperdengarkan dengan berita-berita MENJIJIKKAN yang disajikan di dalam rancangan-rancangan di televisyen kita. Rancangan bukan sebarang rancangan tv, tetapi BERITA-BERITA JAM 8 MALAM!. dan berita ini tiada klasifikasi 18SX pun. Maksudnya seluruh rakyat jelata, atok, nenek, mak, bapak, bapak ayam, mak ayam,ayam kampung, ayam-ayam, kanak-kanak melayu cina india, bahkan agaknya sperma dalam duktus sperma pun boleh menonton RANCANGAN MASA PRIMA INI.
Ungkapan seperti "dia mengaku telah diTUUUTTT oleh si polan dan si polan pada waktu sekian sekian di sekian sekian" atau "defendan tidak mandi selama dua hari dan hanya membilas TUUUUTTT nya untuk mengekalkan bukti dia telah diTUUUTT". Dan si polan yang telah kononnya diTUUUUTTT itu pula dengan tidak malunya mengakui segalanya, siap sumpah lagi. wow, apa agaknya yang dia dapat ya?renung2kan.
Ya, bagi aku, sama ada benar perkara TUUUTT itu terjadi ataupun tidak, itu perkara kedua. Namun apa yang penting di sini ialah apa yang cuba disampaikan oleh media? perlukah mereka menggambarkan perkara-perkara sebegitu di layar kaca televisyen rumah kita? kenapa isu-isu ini tenggelam dan timbul? dan timbulnya pula di masa2 tertentu?(malas nak cakap, 16 mei ada apa peristiwa penting yg akan terjadi?ha lu pikirla sendiri)
Aku bukanlah hendak menjadikan blog ini sebagai blog politik atau pro mana-mana pihak. TIDAK SAMA SEKALI. Akan tetapi, bukankah ini yang kita namakan KEBEBASAN BERSUARA, yang semua orang war-warkan?yang MEREKA war-warkan? kadang-kadang aku menyampah dengan semua ini. Rakyat jelata seperti DIPERBODOHKAN dengan isu-isu yang BODOH, dan orang yang rendah tahap ilmu seperti aku pun boleh mentafsirkan betapa BODOHNYA isu-isu yang dimainkan.
Bukan sahaja isu lucah ini ya? nanti akan kukupas lagi di lain entry tentang isu-isu lainnya. Malangnya, ada juga yang tidak sedar mereka DIPERBODOHKAN. atau mereka sedar, tetapi PURA-PURA TIDAK SEDAR dan menurut sahaja apa yang diperkatakan kerana mungkin mereka dapat IMBUHAN(?) jika terus MEMPERBODOHKAN DIRI.
Baik media menyiarkan sahaja aksi TUUUUUTTT itu supaya budak2 boleh faham.
HambaMalam
Saturday, May 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadi... siapa yang perlu disalahkan? yang menulis beriya atau yang empunya cerita?
ReplyDeletekalau saya kata yang ini salah, nanti orang lain kata yang itu salah. dan begitu juga sebaliknya. sebaiknya kita simpanlah penilaian itu kepada diri kita sendiri. yang salah kita geleng. yang betul kita jempol. sesungguhnya politik kita sekarang ini tidak banyak yang betulnya. tapi mesti ada satu pihak yang LEBIH TINGGI PERATUSAN BETULNYA dari pihak yang satu lagi. dan itulah yang harus kita sokong. kerana mereka AKAN BERIKAN LEBIH kepada kita, RAKYAT. media, TUUUTT, TTEETTT, SREEETT. semua mainan politik. mau ditenggelami atau mau mendalami?
ReplyDeleteHambaMalam
rakyat tahu kesasihan cerita sebenar, itu sume dari media "mereka jugak". tapi sestengah pihak masih nampak macam pihak tertuduh yang salah.. hm... pelik... yang terang kaburi, yang gelap disuluh... kan bodoh namenya - a piece of crap in my head. LOL!
ReplyDeleteramai yang membutakan diri sambil memekakkan telinga. yang celik pula membisukan mulut. mata dilapik dengan $ telinga disumbat dengan & mulut dipekap dengan $. hati pula penuh dengan nafsu untuk $.
ReplyDeleteHambaMalam