Friday, July 9, 2010

Perpisahan dan Pertemuan

Pernahkah anda melalui sebuah proses yang bernama perpisahan?

Tidak kiralah perpisahan dengan keluarga, rakan-rakan, kampung halaman, harta benda, atau apa-apa sahaja yang kita pernah tinggalkan ataupun ia yang meninggalkan kita ataupun ia telah dirampas atau dicuri dari anda. Rasa-rasanya tidak ada yang terlepas dari merasai perasaan ini. Sekecil-kecil perpisahan, seperti kita menyedari kehilangan sebatang pen ketika anda mencari2nya di dalam kelas, ia pasti mendatangkan kesan kepada hati seseorang. Walaupun hanya sebesar zarah.

Sebelum terjadinya perpisahan,pasti kita akan bertemu terlebih dahulu.

Sesebuah pertemuan yang diinginkan,atau yang langsung tidak disangka-sangka, tetapi membawa kebaikan dan kegembiraan ke dalam jiwa seseorang, sesungguhnya cukup indah dan bermakna. Apabila di dalam suasana ini, kadangkala waktu terasa begitu cepat berlalu. Terlalu singkat sekali. Adakalanya pula ia terasa seolah-olah begitu lama tanpa ada sebab-sebab yang pasti. Kesan yang dirasai pula, ada yang terus dirasakan sejurus terjadinya, dan ada pula yang hanya disedari setelah sekian lama.

Hakikat bahawa tiada apapun yang berkekalan di dunia ini haruslah kita terima, dan jangan sekali-kali kita nafikan. Yang bertemu, sudah pasti akan berpisah. Yang tidak pastinya cuma bagaimana pertemuan itu terjadi, dan bagaimana pula perpisahan akan berlaku.

Bukanlah niatku untuk meminta perpisahan, akan tetapi aku harus sentiasa mengingatkan diriku bahawa ianya pasti akan tetap terjadi. Yang aku harapkan jika ia terjadi, biarlah ia menjadi sesuatu yang bermakna, di mana tiada kekesalan dirasai. yang diingati hanyalah keindahan ketika detik pertemuan, sehinggalah perpisahan itu sendiri.

Aku sangat mengharap supaya perpisahan tidak akan terjadi kepadaku, atau kepada sesiapa sahaja. Kerana kadang2 ianya amat pedih untuk kita lalui.

Bukannya terlalu mengharap, tetapi tanpa harapan, tiadalah usaha bersungguh-sungguh untuk menjaga apa yang ada pada kita.


HambaMalam

1 comment:

  1. bertemu dan berpisah kerana-Nya.. ia membuat kiter lebih redha dgn ketentuan-Nya.. insyaAllah..

    ReplyDelete