Wednesday, January 20, 2010

Wang Boleh Membeli Ketenangan?

Di zaman tersepit seperti ini, rasa teringin pula hatiku hendak menulis tentang wang ringgit.Jom..

Memanglah ramai yang kata wang bukan segala-galanya, wang tak boleh dibawa sampai mati, wang penyebab masalah, wang membutakan mata dan hati, dan macam-macam lagi lah perihal wang.

Aku pun bersetuju dengan pelbagai kenyataan tersebut. Tetapi bagi aku, wang sangat penting, tanpa wang, apa pun tak jadi. Nak hidup semata-mata dengan cinta?come on, itu ungkapan manis di bibir sahaja. Macam mana mau hidup dengan cinta semata-mata kalau tiada tanggungjawab?Macam mana mau bertanggung jawab kalau poket kering?Poket kering, apa pun tak jalan. Tapi jangan mengada nk basahkan poket dengan air pulak ya!

Wang boleh memberikan kita kekusutan. Tetapi wang juga boleh memberi kita ketenangan! tidak percaya? ni kisah aku 2 3 hari lepas.

Pada suatu pagi, sebelum aku menghidupkan suzy kesayanganku untuk ke kelas, aku perasan fairing bawah suzy ku longgar. Bila bergerak, aku kompom part tu goyang. Aku pon malas nk hirau sebab aku tak rasa ia akan jatuh. "alah, balik klas nanti la p beli skru kat hardware, dah lewat ni."

Aku pon tendang starter, terus jalan. Dalam perjalanan yang belum berapa jauh, mata aku asyik menjeling ke bawah, risau jika fairing tu goyang. Tak tentu arah otak aku. Sebelum keluar highway, aku pun mengambil keputusan untuk singgah ke kedai motor di tepi jalan. "apek, tolong lapik washer itu skru dekat fairing, goyang lah."

"Berapa?" kata aku, "seringgit sudah la". Dalam ati aku, "mangkuk, washer pun seringgit ke."
Tapi tak mengapa lah, kalau nak beli kat kedai memang murah, tapi nak ke kedai satu hal. Nak pasang satu hal, kompom itam tangan. Dahla aku nak ke kelas.

Aku start je motor, sampai la aku matikan motor setelah tiba ke fakulti. Langsung tak ada kerisauan. Aku menunggang dengan tenang. Cuba bayangkan kalau aku tak singgah ke kedai apek tu, aku berani jamin seharian aku mesti tak tenang.

Ni pengalaman aku dengan wang.

Hari itu, RM1 telah memberikan aku ketenangan.

HambaMalam

1 comment:

  1. Sgt sadis cerita mu, tpi mmg benar, duit bukan lah segala, tpi duit sgt penting, lebih2 lagi pada zaman di mana segalanya bersifat materialistik

    ReplyDelete