Saturday, January 2, 2010

Tahun Baru 2010

2.24 a.m. 2/1/2010

Tahun Baru 2010

Agak sukar juga untuk memulakan kata-kata. Terutama sekali jika tidak ada ilham datang mengunjungiku. Seperti ketika ini.

Aku ingin benar mencoret sesuatu pada malam ini, kerana jiwaku meronta-ronta ingin berbicara. Tetapi bicara tentang apa?

Rasanya banyak yang ingin aku luahkan, yang ingin aku kongsikan. Kerana sebelum ini aku memang banyak berfikir. Namun sekarang kosong pula jiwaku. Hairan.

Ada baiknya jika aku tulis pengalamanku setelah sehari suntuk di tahun baru 2010. Detik 12 malam, bunga api bergemerlapan di Dataran Merdeka. Aku rasa, itu sahaja bezanya dengan hari-hari lain. Selain itu, siang tetap menjelma, udara tetap tawar, matahari juga tetap terbit dari timur. Ringkas bukan?

Apa yang aku muhasabahkan ketika menulis ayat ini, aku rasa aku mampu berubah. Aku mampu melaksanakan azam yang aku niatkan untuk tahun baru ini. Dengan izinNya, dengan kesungguhanku, dan dengan bimbingan sahabat2. InsyaAllah.

Goodbye anger, Welcome paitience.

HambaMalam

1 comment: