Tuesday, December 29, 2009

Seri Yang Hilang

Bunga, pasti layu jika tidak disirami air, jika disiram akan tetap mati jua apabila tiba masanya. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.

Kematian sang bunga sememangnya sudah pasti, tetapi jika insan yang menjaganya sentiasa menyiraminya dengan air, memberi baja untuk menyuburkannya. Sudah pastilah lambat untuk bunga itu menemui ajalnya, malah mungkin akan bercambah, menghadirkan lebih banyak benih yang akan tumbuh subur, mewangikan segenap pelusuk rumah. Dan nantinya meninggalkan kesan kepada setiap yang penah melihat dan mencium baunya. Walaupun bunga itu telah lama mati. Memang sudah pasti tak ada yang abadi, tetapi kita yang menjalani hidup ini haruslah beusaha menjadikan apa yang kita miliki itu menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita kenang.

Siang, pasti akan gelap jua apabila malam menjelmakan diri, namun jika dinanti, siang akan tiba jua esoknya. Silih berganti, tetapi akhirnya akan kiamat jua. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.

Mentari yang menyinar di kala subuh, membangkitkan seluruh hidupan yang bertebaran di muka bumi. Dan cahayanya itulah yang memberikan sinar yang menerangi alam ini. Dan riangnya suasana di siang hari, indahnya pepohon2 rendang dan bunga2 yang mekar, menyebabkan kita tidak mahu ianya berakhir. Tetapi semua sudah maklum, bahawa malam dan kesunyian akan menjelma jua walau apa pun yang kita lakukan. Ada yang tidak tahan dengan kedinginan, kesuraman, kegelapan, kebosanan malam. Lalu mereka menyembunyikan diri dan mencari cahaya yang palsu lalu hanyut, dan tertidur panjang keesokan harinya. Padahal jika mereka sabar menanti, keindahan sebenar akan dapat mereka kecapi apabila mentari memunculkan dirinya.

Hujan, seolah-olah akan sentiasa turun selagi adanya air di muka bumi. Dan masih ramai yang tidak menghargai nikmat itu. Namun, bila2 masa sahaja air itu boleh kering, dan hujan tidak lagi turun. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.

Kita sedia maklum, hujan yang turun dari langit itu datangnya dari bumi jua. Dari lautan, sungai, tasik, malahan sekecil-kecil lopak. Di mana banyaknya air, di situlah melimpahnya rahmat dari langit. Ramai yang membazirkan sahaja air sewenang-wenangnya, kerana beranggapan bahawa hujan akan sentiasa turun dan air tidak akan pupus dari muka bumi ini. Begitu juga dengan apa-apa nikmat yang diberikan olehNya. Begitu juga dengan kasih sayang. Kasih sayang yang dicurahkan kepada kita, janganlah sekali2 kita sia2kan. Walaupun seperti ianya tidak akan ada penghujung. Kerana hati itu basah, dan kerana ia basahlah ia juga mampu kering.

Segala yang berseri akan suram akhinya, Segala yang bersinar pasti akan lusuh jua. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.

Memang segala benda yang ada di muka bumi Allah ini tidak akan kekal, Akan tetapi jika kita menjaganya, jika kita menghargainya, Ia akan selalu berseri. Semestinya ia tidak akan kekal, tetapi adalah pilihan kita manusia untuk menjadikan sesuatu itu berpanjangan. Masa boleh melunturkan warna, Masa boleh melunturkan cinta. Masa boleh menjadikan manusia bosan, jemu. Emas pun boleh hilang kilauannya jika tidak dijaga. Ini adalah lumrah dunia. Namun warna yang luntur masih boleh diwarnakan semula. Besi yang berkarat masih boleh digilap semula. Begitu juga cinta. Cinta pasti akan mati, tetapi pilihan ada di tangan kita untuk menyemarakkannya.....

Dan membolehkannya berpanjangan hingga ke akhir hayat kita...

InsyaAllah..

Sedikit coretan dari hatiku yang kecil

HambaMalam

No comments:

Post a Comment