Monday, February 8, 2010

Melaka : Solo Ride Gila-Gila

Hari ini aku telah melakukan satu lagi kerja yang agak gila. Lebih gila dari biasa. Kerana jiwa yang teramat kacau, aku telah membenarkan diriku mengikut kata hati yang ingin membawa aku dan Suzy nun jauh ke MELAKA! dan beginilah ceritanya..

6.00 p.m : Baru balik survey kereta bersama faiz, lina dan fadhli. Solat. Bersantai kejap.

6.15 p.m : Mengadap laptopku yang setia, melayari facebook, dan hatiku semakin hancur.
Jiwa yang kacau lalu melanda. Tidak keruan. Ingin melepaskan segalanya.

6.25 p.m : Berasa yang aku perlu keluar! ke mana? dalam fikiran ada Seremban, Melaka, JB.
Seremban tiada cabaran, JB terlalu gila. Melaka!

6.45 p.m : Memulakan perjalanan dengan doa. Isi minyak. Bancuh 2t. Pecut! Tapi aku bawak
slow aje, org kata kalau pergi jangan laju2 sebab perjalanan jauh lagi. Keluar highway,
snap gambar, snap gambar, dan snap gambar lagi.

7.30 p.m : Aku perasan yang minyak semakin sedikit. Menyesal pulak tak isi full tank dekat
hentian Seremban. Next exit adalah exit Pedas/Linggi. Aku mencuba nasib. Nasib
kurang baik, jalan kampung yang tiada stesen minyak. Singgah solat sebentar.

7.45 p.m : Bertanya seorang pakcik, dia kata ada kedai jual minyak botol kalau aku patah balik.
Nasibku baik semula. Terima kasih pakcik!

8.20 p.m : Sampai di hentian Ayer Keroh, berhenti untuk mengisi minyak. Alamak, lampu
belakang pula tidak menyala! Aku cuba menggantikan mentol belakang dengan
mentol signal,tak ngam! terpaksalah hazard light lepas ni. Hujan pun turun.

8.40 p.m : Hujan agak reda, aku sarung baju hujan, keluar stesen minyak. Snap lagi gambar.
Bergerak menuju bandar Melaka. Hujan sepanjang jalan. Kasutku menjadi akuarium.

9.05 p.m : Aku pun sampai ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Snap, snap, dan snap gambar lagi!
(nanti aku tunjuk dalam posting lain.) Hujan masih turun. Aku sempat bersembang
dengan abang-abang beca di sekitar bangunan merah.

9.30 p.m : Dinner di Dataran Pahlawan. McDonalds! (jauh beno pg mkn McDonalds)

10.00 p.m : Mula bergerak keluar dari Pusat Bandar Melaka. Sesat la pulak! Mujur jumpa jalan
ke tol Ayer Keroh, cuma sedikit lambat. Gerimis masih mengundang sepanjang
jalan.

10.35 p.m : Tiba di tol Ayer Keroh. Berhenti sebentar. Snap!. Baca doa, baca ayat kursi. Dengan
lafaz Bismillah, Prenggg!!..

11.05 p.m : Sudahpun sampai ke kawasan Senawang. Perjalanan nampaknya sudah tidak begitu
jauh. Tanduk pun sudah keluar. Henjut sedikit Suzy ku, tunduk meroket, Pecut!!

11.15 p.m : Masih melayan top speed(yang tidak berapa nak laju) tiba2 sebuah Yamaha Virago
535 memotongku.Ada pembonceng. Tanduk makin panjang. Bila lagi nak main
dengan "Big Bike". Pulas throttle, aku dan suzy terus meluncur laju, meninggalkan
Virago.

11.20 p.m : Sedang meroket di lane paling kanan. Tiba2...enjin macam senyap. oh tidak, Jem
panas ke??!! aku lalu memperlahankan diri ke bahu jalan. Tak jem pun. Permainan
bersama Virago diteruskan, sehinggalah simpang UPM.

11.40 p.m : Tiba di tol UPM. Melaka-UPM dalam 1 jam 5 minit. Aku puas. Seronok!

11.50 p.m : Tiba di rumah. Sekali lagi aku tersenyum puas.


Sekarang : Jiwaku tidak sekacau tadi. Dan aku tersangatlah puas hati dengan apa yang aku lakukan hari ini. Seronok dan gembira. Itulah "passion" ku. Riding.

** gambar2 yang aku snap, nanti akan turut kusisipkan di blog ini. InsyaAllah. (walaupun tak berapa nak ramai yg baca.heh.


Apa pun, aku sedar yang "hal itu" bukanlah segala2nya dalam hidup ini. Sepanjang perjalanan tadi, aku langsung tidak memikirkan tentang "hal itu". Aku hanya berdoa aku selamat pergi dan balik, dan menikmati segala pemberian Allah sepanjang perjalananku hari ini. Paling penting, aku gembira seketika dan aku selamat sampai ke rumah.


Alhamdulillah.


HambaMalam

3 comments:

  1. Upload je la,Ak akan sentiasa mengikuti blog kau

    ReplyDelete
  2. I wish I could ride like u too. to run away. just for a while...

    ReplyDelete
  3. there's always another empty seat on my suzy..hehe..*kidding..

    ReplyDelete