Monday, March 29, 2010

Kenangan Dunia Permotoran

Semalam. 27.3.2010. Semalam hari yang seronok. Semalam hari yang sangat ceria. Semalam hari yang sangat memenatkan. Tapi seronok. Sudah lama rasanya aku tidak merasa begitu puas keluar seharian. Sudah lama rasanya aku tidak ride bersama rakan2 JMC-JerungSeMelaya. Walaupun ride dekat2.

Panas. Sungguh panas cuaca semalam. Perjalanan aku ke Dataran Merdeka dihiasi dengan bahang pada bahagian tubuhku yang terdedah. Memang panas. Sampai2, cuma aku seorang. Diikuti dengan saudara Auk. Kemudian barulah Black, Amy, King, Feakree dan lain2 tiba.

TTDI. Majlis pembukaan MOTOLAND kafe & bistro. Makan2. Sembang2. Tengok Ferrari. Bergambar. Seronok.

Selesai di TTDI, ada yang balik, ada yang menuju ke Shah Alam. Aku turut ke Shah Alam. Perjalanan ke shah alam suam2 kuku. Udara petang atas highway agak panas. Semua bawak dah macam setan. highway, sebat. koner, sebat. aku duduk belakang jelah tengok. Sampai Shah Alam. Lepak di dataran Shah Alam bersama 6 yang lain.

Lepas Maghrib. Sampai di rumah. Rehat. Pukul 11 keluar balik. Lepak kat Jalan Ipoh pulak. Port biasa, warung Pak Hamid. Sembang-sembang-sembang. Ucop & the gang balik awal sikit. Tinggal la aku, Black, Amy jerungdurjana & Abang Besar.

Seronok dengar cerita dari Abang Besar zaman dia muda2 dulu. Tentang laju, race, duit, motor, highway, darah, minyak, dan nyawa. Jiwa laju punya orang. Sekarang sudah ada family. Jiwa tu diwarisi kat orang2 muda zaman ni pula.

Sembang-sembang-dan sembang lagi. Walaupun aku banyak jadi pendengar, maklumlah budak-budak. Sekali sekala mencelah juga, bila ada kemusykilan. Kadang2 terkena. Maklumlah, nak belajar kena banyak dengar. Resipi memang banyak. resipi nak laju. Tengok hati la,kalau mau, kalau poket tebal. Tinggal motor. Tapi itu motor untuk pegi cari ilmu maa. Bukan stok lari highway tiap2 minggu. Sembang2 sampaila pukul 3 pagi baru sampai rumah.

Tinggal lagi sebulan masa untuk aku di kota Kuala Lumpur ini. Selepas ini aku akan ke ibu kota di selatan pula. Aktiviti permotoran, aku tahu tidaklah semeriah di Kuala Lumpur ni. Rakan2 dalam Jerung Motor Club-JerungSe-Melaya, dan tak lupa juga rakan2 baru dari United Sharks, aku pasti akan merindui korang semua.

Dalam hidup ni rakan-rakan datang dan pergi. Kadang2 kita yang pergi dari rakan2. Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Tetapi yang patah dan hilang itu akan tetap menjadi kenangan selama-lamanya.

Buat rakan-rakan JerungSeMelaya dan Jerung Motor Club khasnya, member2 United Sharks, dan rakan-rakan lain amnya. Tabung Haji Jalan Ipoh, Dataran Shah Alam, Konvoi2, Outmeter, blok terbelah dua, head tercabut, gearbox pecah, tunda motor, tayar pancit, overhaul, motor jem panas, jem rod, piston bocor, reedvalve pecah, pusing 1 malaya. Setiap dari kita mungkin pernah melalui detik-detik ini. Simpanlah.


Semuanya akan menjadi kenangan untuk kita ceritakan kepada anak cucu kita nanti.



HambaMalam

Thursday, March 11, 2010

Time

a reminder to myself.

Just don't make it hard. For myself, and for the other person. Just let time show me the answer. If time gives me the signal that I've to go, I'll go. Seriously, I'll go. Yes, I'll go.

But until the signal shows, I'll always be there if she needs me. I'll wait. It's my choice. It's so much better for me this way. I've been through shit for years. Now's the time that I can smile again. And I wont let even a moment go by unattended. It's my time to care. I'm more than happy to be in this situation right now.

Time, I hope your answer is for me to stay forever. But hopes sometimes fade. And forever seems impossible. And when hope is gone, please dear time, really tell me to go. Beg me to go. I'll go. I'll try. Because in life, we have to move on until we reach the ultimate stop.

Maybe this is not my time to receive, but i know this is my time to give.

Maybe this is not my time to be loved, but I know this is my time to love.


HambaMalam

Tuesday, February 23, 2010

The Parody of IF

If you ever found yourself in a room,
Placed in the highest floor of a skyscraper,
With all the golden furniture inside,
And all people on the floors below obeys only you,
Or the people in the buildings next door,
Have no other feelings towards you except envy,
And you think that you are the best,
Then think again.
If years ago, there’s no person you called teacher,
Where might you end up today?

If you ever wake up in the middle of the night,
Just to find out that there’s someone sleeping besides you,
And to you, she’s the whole world’s beauty,
And suddenly thinking about the rooms next door,
Where the seeds of your love sway themselves,
In the pleasure of beautiful dreams,
Then you smiled alone.
If it was not that teacher who told you,
The meaning of living life with love,
Will you smile like you did just now?

If someday you found yourself in darkness,
And you can never go out of that place,
Because the door and the window are simply steel bars,
And the light you see everyday,
Is only accompanied by the shadows of those bars,
And the darkness is your only friend,
When the nights lower its curtains,
And tears of regret came out each lonely second.
Then your heart says:
If only you followed a simple advice by your teacher,
“Be a good man.”
Will you be some place else tonight?

If our goal is for all the wealth in the world,
All they ever wanted is for us to achieve it.
If they ever see one of us fell down,
They would do anything in the world to help us get back up,
If even only one person remembers them,
That would be enough to make them smile.
Thank You Teacher.

HambaMalam

Saturday, February 20, 2010

Jatuh *tutttt*...

Err..

Sukar betul untuk kuterangkan perasaan ini. Aku nak tulis apa pun aku tidak tahu. Tapi aku rasa ingin menaip sesuatu, tetapi apa?Kerana perasaan ini terlalu payah untuk diterangkan dengan kata-kata.

Gembira. Selalu senyum sendiri. Setiap kali aku teringatkannya. Tapi kan, rasanya macam hampir setiap masa aku gembira, dan tersenyum sendiri. Oh tidak. (Oh ya!!!)

Jika ditanya, BILA? Aku tiada jawapan. Jika ditanya, KENAPA? Aku tiada jawapan. Jika ditanya,BAGAIMANA? Aku tiada jawapan. Jika ditanya, DI MANA? Juga tiada jawapan spesifik.

Entah bila, entah kenapa, entah bagaimana, entah di mana perasaan ini timbul. Sedar-sedar, Aku dah jatuh *tuuuttt*!

Dan jika ditanya, APA yang aku harapkan? Taknak la cerita kat sini. Biarlah hanya aku dan dia yang mengetahuinya. Kan awak? kan3..? *smile. heh.

Memang tidak ada apa yang pasti pun tentang masa depan. Mungkin ada yang akan berubah. Tetapi aku harap tidak. Aku akan cuba untuk tidak. Namun jika ditakdirkan berubah jua, maka sebelum ianya terjadi, izinkanlah aku begini.

Apa yang aku tulis ni? Org yang dilamun *tuuttt* memang agak weng sedikit kott...

(aku "censor" perkataan itu kerana aku menaip entry ini pada pukul 10 pagi, agak tidak mampu untuk aku menjadi jiwang seperti malam tadi. Terang sangat.)


*Dan aku tersenyum lagi.



HambaMalam

Friday, February 19, 2010

Smile

Kebelakangan ini, aku selalu tersenyum. Gembira agaknya. Kenapa agaknya?

Sudah terlalu lama aku tidak merasakan perasaan seperti ini. Mungkin sudah bertahun lamanya.

Dan aku juga tidak menyangka yang aku akan merasai perasaan ini dalam waktu seperti ini. Takdir agaknya. Alhamdulillah.

Apakah perasaan ini, itu? Agaknya. Memang ya.

Nantilah aku ceritakan kemudian. Kalau aku rasa teringin la.

Sebenarnya aku cuma ingin menyatakan, aku gembira sekarang.


Ya, aku gembira sekarang.


HambaMalam

Sedikit Coretan Grafik : Ride ke Melaka












Maybe someday I'll be doing this again.
But in a different mood.
InsyaAllah.

*smile


HambaMalam

Thursday, February 11, 2010

Maybe It's My Time To Be Alone

1. Hari ini, aku pulang ke rumah setelah selesai kuliah dan mendapati yang blok rumahku terputus bekalan elektrik. Pada mulanya aku tidak kisah kerana ada Faiz, dan kami bersembang setelah menjejakkan kaki ke rumah. Aku tahu yang selepas ini aku akan keseorangan kerana dia akan keluar bersama buah hati tersayang(mintak izin guna nama mu boh..hehe..).

2.Lilin pula tidak ada, lampu suluh rosak, dan aku hanya bergantung kepada lampu suluh telefon bimbit milik Faiz, jika dia sudah keluar, lalu bagaimana? Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar ke kedai untuk membeli lilin tetapi dua kedai pertama yang aku singgah telahpun kehabisan lilin kerana ramai yang membelinya akibat ketiadaan bekalan elektrik di kawasan ini. Nasib baiklah kedai ke-3 ada stok lilin.

3.Aku turun sahaja dari Suzy ku, dan hujan pun turut turun dengan lebatnya. "Nasib baik", kata hatiku. Dan aku menaiki tangga2 yang gelap. Sekali lagi aku tiba di rumah, dan Faiz pun keluar. Tinggallah aku berseorangan di dalam gelap. Aku nyalakan lilin, lalu menjamu diriku dengan nasi lemak & rangka ayam yang telah aku beli di pasar malam selepas kuliah tadi. Terasa agak romantik juga, tetapi biasanya romantik2 ni, perlu dua orang. Tapi tidak mengapalah.

4.Selesai makan, bekalan elektrik masih belum ada. Dan aku pun duduk menonton lilin. Dan menonton lilin. Dan menonton lilin lagi. Aku cuba untuk menekan butang2 telefon, tetapi agaknya pada masa tersebut, orang tengah sibuk. Aku takut menjadi pengganggu. Tidak mengapalah. Aku menonton lilin semula. Nak keluar, hujan pula. Nasib baiklah aku pergi mencari lilin, jika tidak pasti aku akan berada dalam kegelapan yang lebih gelap.

5.Bekalan elektrik tiba2 ada. Aku terus memandikan diri. Selesai mandi, bekalan elektrik terputus lagi. Juga secara tiba-tiba. Aku menonton lilin lagi.

6.Dan bekalan elektrik pun pulih seperti sediakala. Seperti biasalah, rutinku di kala malam. Aku pun menghidupkan laptopku dan berada di dalam talian. Dan ketika terang sudah rumahku, aku tetap sendiri lagi. Di alam nyata mahupun di alam maya. Lalu aku terlelap, dan mengharapkan sesuatu yang mampu membuatkan aku senyum apabila aku terbangun nanti.


(1) Rakan-rakan selalu berada bersama, biar susah, biar senang. Tetapi aku harus sedar yang dalam hidup ini, rakan-rakan tidak akan dapat ada di sana setiap masa. Apa-apa masalahpun, aku harus belajar menghadapinya sendiri.
(2) Kadangkala aku tahu aku berada dalam kesulitan dan aku tidak ada bekalan untuk menghadapinya, tidak ada teman untuk aku bergantung, tidak ada cahaya untuk menerangi hidupku. Aku cuba mencari sinar, tetapi memang sukar untuk ditemui kerana mungkin sinar itu bukan untuk aku, dan ramai yang turut mencarinya. Tetapi aku tahu lambat laun aku pasti akan bertemu jua dengannya.
(3) Hal-hal yang tidak disangka sering terjadi, kadang2 kita bernasib baik dan kadang2 kita tidak. Itu semua rezeki, dan takdir masing2. Rakan- rakan memang sentiasa ada di sekeliling, tetapi mereka juga ada hal sendiri, dan bila aku harus berseorangan, maka aku berseorangan lagi.
(4) Lilin. Walau semalap manapun sinarnya, ia tetap menjadi peneman setia di dalam kegelapan. Dan begitu jugalah harapan. Di saat2 kita terasa teramat sunyi, harapanlah yang menjadi penguat semangat untuk kita terus menempuh masa2 yang kita lalui. Biarpun harapan itu semalap bintang di kala hujan, aku tahu aku harus berusaha menggapainya. Tidak kisahlah jika aku berjaya atau tidak.
(5) Tetapi aku harus berhati2, harapan itu kadangkala ada yang palsu. Dan aku harus belajar untuk mengenali harapan yang harus aku kejar dan yang mana harus aku lupakan. Lilin menjadi peneman lagi. Menjadi harapan yang membolehkan aku melihat pilihan2 yang ada di sekelilingku.
(6) Dan ketika terang, gilang gemilangpun, kita masih boleh merasa sunyi. Kerana hanya orang di sekeliling yang mempunyai sinar yang menemani. Aku?masih statik dan sendiri. Masih lagi menanti. Masih lagi mencari dalam terang. Masih ada ruang kosong yang terlalu luas di hati ini.


Hidup ini tidak selalunya gembira, dan tidak pula sentiasa sedih. Ianya seperti Siang dan Malam. Siang tidak semestinya cerah, dan malam tidak semestinya gelita. Hidup juga tidaklah sentiasa berteman, kerana akan ada masanya apabila kita akan terpaksa bersendiri.


Dan mungkin ini giliran aku untuk hidup bersendirian...


HambaMalam