Bunga, pasti layu jika tidak disirami air, jika disiram akan tetap mati jua apabila tiba masanya. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.
Kematian sang bunga sememangnya sudah pasti, tetapi jika insan yang menjaganya sentiasa menyiraminya dengan air, memberi baja untuk menyuburkannya. Sudah pastilah lambat untuk bunga itu menemui ajalnya, malah mungkin akan bercambah, menghadirkan lebih banyak benih yang akan tumbuh subur, mewangikan segenap pelusuk rumah. Dan nantinya meninggalkan kesan kepada setiap yang penah melihat dan mencium baunya. Walaupun bunga itu telah lama mati. Memang sudah pasti tak ada yang abadi, tetapi kita yang menjalani hidup ini haruslah beusaha menjadikan apa yang kita miliki itu menjadi sesuatu yang bermakna untuk kita kenang.
Siang, pasti akan gelap jua apabila malam menjelmakan diri, namun jika dinanti, siang akan tiba jua esoknya. Silih berganti, tetapi akhirnya akan kiamat jua. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.
Mentari yang menyinar di kala subuh, membangkitkan seluruh hidupan yang bertebaran di muka bumi. Dan cahayanya itulah yang memberikan sinar yang menerangi alam ini. Dan riangnya suasana di siang hari, indahnya pepohon2 rendang dan bunga2 yang mekar, menyebabkan kita tidak mahu ianya berakhir. Tetapi semua sudah maklum, bahawa malam dan kesunyian akan menjelma jua walau apa pun yang kita lakukan. Ada yang tidak tahan dengan kedinginan, kesuraman, kegelapan, kebosanan malam. Lalu mereka menyembunyikan diri dan mencari cahaya yang palsu lalu hanyut, dan tertidur panjang keesokan harinya. Padahal jika mereka sabar menanti, keindahan sebenar akan dapat mereka kecapi apabila mentari memunculkan dirinya.
Hujan, seolah-olah akan sentiasa turun selagi adanya air di muka bumi. Dan masih ramai yang tidak menghargai nikmat itu. Namun, bila2 masa sahaja air itu boleh kering, dan hujan tidak lagi turun. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.
Kita sedia maklum, hujan yang turun dari langit itu datangnya dari bumi jua. Dari lautan, sungai, tasik, malahan sekecil-kecil lopak. Di mana banyaknya air, di situlah melimpahnya rahmat dari langit. Ramai yang membazirkan sahaja air sewenang-wenangnya, kerana beranggapan bahawa hujan akan sentiasa turun dan air tidak akan pupus dari muka bumi ini. Begitu juga dengan apa-apa nikmat yang diberikan olehNya. Begitu juga dengan kasih sayang. Kasih sayang yang dicurahkan kepada kita, janganlah sekali2 kita sia2kan. Walaupun seperti ianya tidak akan ada penghujung. Kerana hati itu basah, dan kerana ia basahlah ia juga mampu kering.
Segala yang berseri akan suram akhinya, Segala yang bersinar pasti akan lusuh jua. Kerana memang tak ada yang kekal kecuali Dia.
Memang segala benda yang ada di muka bumi Allah ini tidak akan kekal, Akan tetapi jika kita menjaganya, jika kita menghargainya, Ia akan selalu berseri. Semestinya ia tidak akan kekal, tetapi adalah pilihan kita manusia untuk menjadikan sesuatu itu berpanjangan. Masa boleh melunturkan warna, Masa boleh melunturkan cinta. Masa boleh menjadikan manusia bosan, jemu. Emas pun boleh hilang kilauannya jika tidak dijaga. Ini adalah lumrah dunia. Namun warna yang luntur masih boleh diwarnakan semula. Besi yang berkarat masih boleh digilap semula. Begitu juga cinta. Cinta pasti akan mati, tetapi pilihan ada di tangan kita untuk menyemarakkannya.....
Dan membolehkannya berpanjangan hingga ke akhir hayat kita...
InsyaAllah..
Sedikit coretan dari hatiku yang kecil
HambaMalam
Tuesday, December 29, 2009
Azam Tahun Baru 2010?
Ya. Hari ini aku ingin menulis sedikit tentang azam tahun baruku. Sebelum ini memang sangat jarang aku berazam apabila tibanya tahun baru. Kerana aku tidak merasakan berazam itu bermakna. Mungkin sebab itulah aku selalu tidak sedar kelemahanku. Jadi, inilah beberapa perkara yang ingin aku cuba ubah di tahun 2010 yang akan datang.
1. MENGURANGKAN MARAH - Aku memang seorang yang pemarah dan kurang tenang. Aku tahu, banyak kali sifat marahku ini telah membawa kepada banyak perkara-perkara negatif dalam hidupku. Banyak yang telah musnah akibat sikapku ini. Sifat pemarah ini amat berbahaya jika tidak dikawal. Aku ingin meminta maaf, sekiranya aku ada melakukan salah kepada siapa2 akibat perasaan marahku ini. Aku berjanji yang aku akan sedaya upaya cuba untuk mengawal perasaan yang dibenci ini. Jika aku terlupa, ingat2kanlah aku. Faisal, RILEKS!
2. MENINGKATKAN SABAR - Apabila aku marah, aku tahu yang aku terlalu mudah hilang sabar sehingga kadang2 aku melakukan perkara-perkara yang mungkin dianggap gila. Gila dalam ertikata di luar kebiasaan yang biasa, tetapi tidaklah sampai mencederakan secara fizikal. Aku masih waras. Namun aku tahu yang aku sangat perlu meningkatkan kesabaranku. Kerana ini akan banyak membantu dalam merealisasikan azamku yang pertama. Faisal, SABAR!
3. SENYUM - Senyum itu sedekah. Sedekah yang tidak memerlukan aku menyeluk poket untuk memberinya. Apabila orang senyum kepada aku, bahkan apabila aku senyum dan orang tidak membalas, tidak mengapa, senyumlah sahaja. Tak kisah lah, jika orang berbudi, atau orang buat taik kepada aku, senyum. Pemanis wajah kita, tak lain dan tak bukan, senyum. Faisal, SENYUM!
Inilah tiga azamku yang utama untuk tahun ini, azam-azam lain seperti meningkatkan ibadah, mengekalkan pointer, upgrade motor, simpan duit dan macam2 lagi turut tidak kulupakan. Namun yang ingin aku fokuskan adalah yang tiga di atas. Kerana aku merasa amat perlu untuk aku ubah diriku ini, terutama yang PERTAMA dan yang KEDUA jika aku ingin hidup bahagia.
Aku mohon kepada Yang Maha Esa, untuk membantu hambaNya ini berubah. Dan aku juga ingin memohon kepada insan-insan yang sudi menegurku, sedar atau tidak sedar, agar sentiasa mengingatkan aku tentang kewajipanku untuk melakukan perubahan-perubahan ini.
InsyaAllah
Selamat Tahun Baru

Thursday, December 24, 2009
Tanggungjawab
Baiklah, ini hari, gua mau cerita pasal wa punya motor sikit. Jadi gua pakai "gua". Macam mat motor sket. Ceh, macam gud gudd je.
Alkisahnya cerita, gua jumpa dia kat intenet, dan dipendekkan cerita, gua diakadkan dengan ini motor pada tarikh 27.8.2008. Dah lebeh setahun kami bersama. Walaopon dia janda orang, gua tetap sayang sama dia, dia pon sayang gua..kot.
Dia sakit, gua repair, dia lapar, gua isi minyak, dia panas, gua bawak rehat tepi haiwey, dia mau vitamin, gua kasi motul sintetik sama sprinta. Pendek kata gua cukup jaga lah.
Mana2 pegi pon gua pegi sama dia. Ujan? Panas? gua x kesah, dia pon xkesah. Dia ikut aje mane gua bawak. Gua mau cepat, dia boleh jalan laju. Gua mau santai, dia sama gua sama2 makan angin. Gua mau lagi laju, macam roket dia pegi. Tapi itu tarak cukup laju lagi maa. Sem depan gua mau bikin sampai outmeter lah.
Dia selalu sama2 gua. Wa hepi, wa henjut dia. Gua Sedih, gua henjut dia lagi kaw. Tapi itu la yang gua suka ttg dia. Selalu sama gua walau apa pon jadi. Itu pasal kalau dia sakit gua sedih. Gua tak tentu arah. Ni dah dekat 2 bulan gua tinggalkan dia. Entah apa khabar dia di sana. Gua dah mula tak tentu arah.
Orang kata, jangan sekali2 kutuk motor kita depan2, jangan sekali2 kata nak jual. Sebab dia boleh dengar apa kita kata. Sebab tu dia merajuk, sakit, mintak duit, mintak repair. Itu kata orang la, macam tak logik kan?tapi gua percaya sebab gua pernah kena. Gua kata dia tak cukup laju. Dia merajuk beb! sekali gua try kt haiwey, dia punya pegi memang kaw, rpm sampai 11k. Pastu jem! nasib baik gua cepat tarik clutch.
Tapi gua tau itu semua Yang di atas sana mau tunjuk sama gua, bersyukur dengan apa yang ada. Sebab itu motor pun rezeki gua jugak. Dia punya kelajuan pun gua punya rezeki. Jadi bila gua kata tak cukup, nak tukar ni, nak tukar tu, kutuk itu, kutuk ini, nak macam ni, nak macam tu, itu tandanya gua tak bersyukur dengan apa yang Allah sudah kasi sama gua. Itu yang dia kasi tunjuk on the spot.
Apa2 pon, gua tetap sayang sama gua punya motor. Dan gua bersyukur dikurniakan itu motor. Dah banyak sangat kenangan pahit & manis gua sama dia. Kalau boleh gua xnak berpisah. Dan gua rasa akan pertahankan selagi mampu. Tapi itulah, pertemuan dan perpisahan di tangan Yang Maha Kuasa. Gua pon takde kuasa kalau benda dah nk jadi.
Inilah kisah pasal gua punya motor, dan sedikit sebanyak pasal gua punya feeling. Gua sayang ini motor, tapi ini motor bukan manusia. Motor pon gua sudah sayang ini macam. Kalau manusia, gua mesti lagi sayang. Sebab manusia ada perasaan. Motor ni gua xpernah pun marah kaw2, tapi gua selalu marah manusia. Dan itulah yang gua sesalkan.........
Tulis tentang motor pon boleh buat gua berfikir tentang bersyukur, tentang kemarahan, tentang hubungan gua sama manusia. Gua tau gua banyak buat salah kt seseorang. Gua mintak maaf sama dia. Gua mintak maaf pada semua orang.
Cakap pasal motor pon boleh kasi sedar sama gua tentang banyak benda.
Subhanallah, itulah kuasa Allah. Dia mau kasi hidayah sama manusia, macam2 cara dia boleh tunjuk. Sama ada kita nampak atau tidak, kalau nampak kita sedar atau tidak, kalau sedar kita mau berubah atau tidak. Gua sudah nampak, gua sudah sedar, dan gua mau berubah.
Gua sedar, kalau gua terus jaga itu motor baik2, dia xkan bawak banyak masalah sama gua. Serupa juga kalau apa2 relationship pun, gua patut jaga dengan baik. Mungkin gua belum cukup jaga baik lagi sama itu 2 perkara, atau lain2 perkara. Sebab kalau gua tidak jaga baik2, itu tidak bersyukur namanya. Nanti Tuhan tarik balik itu amanah, itu rezeki, gua jugak yang nyesal.
Motor, gua mau jaga sama lu baik2. Sebab Tuhan sudah kasi gua itu amanah untuk jaga lu. Dan siapa2 yang terasa, gua mintak maaf, dan gua pun mau jaga sama lu sampai bila2 ok.Itu sudah jadi gua punya tanggungjawab. Apa2 pun yang Tuhan kasi sama kita untuk kita jaga, gua consider itu satu tanggungjawab.
Tanggungjawab - ya, itulah kata kuncinya.
HambaMalam
Monday, December 21, 2009
Mistakes and Forgiveness
Aku sedar, mungkin aku ini banyak melakukan salah. Banyak kah aku melakukan kesalahan?
Atau aku sahaja yang selalu menyalahkan diri untuk meredakan keadaan? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan semua manusia lain juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Mana yang aku tahu aku silap, akan ku cuba untuk betulkan.
Kesilapan adalah guru yang baik. Tanpa kesilapan kita tidak akan sedar yang kita telah salah. Kadang2 kita manusia mempunyai ego kita sendiri, kita tahu kita salah, tetapi kita enggan mengakuinya. Kerana kita takut untuk meminta maaf. Perkataan maaf itu terlalu sukar untuk dilafazkan. Dan adakalanya pula, memang kita tidak sedar yang kita melakukan kesilapan. Kerana tiada yang menyedarkan kita!
Melakukan kesalahan tidaklah salah. Kerana kesalahan2 yang dilakukan akan mendewasakan kita. Tetapi jika kita tahu kita salah, bertindaklah untuk membetulkannya.
Dan jika ada yang bersalah terhadap kita, berusahalah untuk memaafkannya. Memetik kata seorang pakar motivasi terkenal, "jika kita ingin berasa tenang, setiap malam sebelum melelapkan mata, maafkanlah semua orang."
Apa yang penting?
Kemaafan

Saturday, December 19, 2009
Ketenangan
Apa itu ketenangan?
Ya, ia terlalu subjektif bukan? bagi seorang yang ini, ketenangan tak lain dan tak bukan cuma satu perasaan yang tidak negatif. Itu sahaja, Bagi yang seorang ini pula, ketenangan bermaksud tidak perlu memikirkan apa-apa, hanya bersantai di tempat yang sunyi, damai, tanpa perlu memikirkan apa-apa. Mindanya kosong, jiwanya stabil.
Tetapi tak semua yang beranggapan ketenangan itu perlukan kesunyian, ada juga yang tenang di dalam kebingitan, di dalam kekalutan. ketenangan itu tersangatlah subjektif. Bergantung kepada individu, bergantung kepada suasana, bergantung kepada sebab ketidaktenangan seseorang.
Ketenangan bagiku? juga amat subjektif. Hendak diterangkan tetapi tidak tetap. Sekarang yang ini maksudnya tenang, besok yang itu pula tenang bagiku. Berubah-ubah.
Di saat aku mencoret ayat ini, aku berasa tenang. Kenapa? Entahlah. Subjektifnya maksud ketenangan itu, sesuailah dengan sifatnya, berubah- ubah. Mungkin sekarang aku tenang, tetapi esok?
Kebelakangan ini, jarang sekali aku mendapat ketenangan. Maka aku bersyukur kerana saat ini aku dikurniakannya.
Sampai bila harus begini?

Jiwaku Kacau, Insomnia Melanda!
Flashback atau Imbas Kembali - jika di dalam kesusasteraan, tak kiralah Melayu, Inggeris, Cina, Arab atau mana-mana kesusasteraan yang mempunyai unsur penceritaan, imbas kembali jarang dilupakan. Teknik ini adalah untuk menceritakan kembali kepada audiens tentang perkara2 yang telah berlaku di masa silam kisah tersebut.
Baiklah, lupakan Flashback di dalam sastera. Flashback di dunia nyata juga wujud. Dan buktinya kini di duniaku ini, di dalam hidupku sendiri! Namun flashback ini di luar kawalanku, aku tiada remote control untuk stop, forward atau pause imej2 itu. Maka terjadilah kecelaruan di dalam mindaku ini, dek kerana flashback2 tidak diingini yang terus menghantui jagaku.
Celik saja mataku ini, terus berputar imbasan2 tak diingini, seolah2 filem sedih yang sangat menghibakan terus bermain2 di depan mata, di telinga, dan di mindaku ini. Maka seharianlah aku berusaha memenuhi hariku dengan rutin lain dengan harapan mampu mengalih perhatianku dari flashback2 ini. Namun sesaat aku santai, terus saja ia bermain!
Dan di kala malam seperti ini, semakin ligat pula filem itu berputar. Jiwaku kacau. Mataku tak mampu untuk lena, dan aku pula tak henti-henti memikirkan perkara yang seharusnya tidak kufikirkan. Jika diberikan pilihan, memang aku ingin untuk tidak memikirkannya, tetapi apakan daya...
Berfikir adalah tindakan di luar kawalanku..
HambaMalam
Friday, December 18, 2009
Di Sinilah Aku Kembarakan Irama Rasa Akarku
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Syukur Alhamdulillah, setelah lama aku berfikir, setelah lama aku berkira-kira untuk mewujudkan sebuah blog peribadi atau tidak, akhirnya keputusanku adalah untuk menjadikannya satu realiti.
Penulisan sememangnya telah menjadi minatku semenjak aku di bangku sekolah menengah, hingga hari ini, entah berapa banyak puisi telah kutulis, namun semuanya tersimpan di dalam buku usang yang kini telah hilang. Hanya kira-kira 30 puisi yang sempat kusalin di dalam cakera keras laptopku ini. Mungkin takdir hanya mahukan aku menyimpan kenangan dan makna di dalam yang 30 itu.
Blog menjadi dilema bagiku, kerana tulisan2ku seringkali berdasarkan hati dan perasaan, sekali sekala ia dibimbing oleh minda, namun hati dan perasaanlah yang menggerakkan jari jemariku ini. Dilema, wujud kerana blog ini adalah milik umum, dan umum dapat membacanya, maka umumlah yang menilainya. Lalu akhirnya yang dinilai subjeknya - adalah Aku, hatiku, perasaanku.
Dilema ini aku ketepikan, kerana di dalam diri ini seolah-olah ada sesuatu yang meronta-ronta ingin diluahkan, ingin dizahirkan agar tidak aku seorang sahaja yang mengetahuinya. Selama ini memang aku ingin meluahkan, namun tiada tempat. Adapun tempat untuk kuluahkan, namun tiada yang mendengar. Mungkin, inilah cara terbaik, Mungkin.
Dan dalam coretan pertamaku ini, Aku ingin memohon maaf terdahulu kepada sesiapa sahaja yang mungkin akan terasa mahupun tersinggung dengan coretan-coretanku yang akan datang. Kerana hati dan perasaan kita takkan dapat kita duga, senyum sekarang, dan mungkin menangis seketika lagi.
InsyaAllah, akan ku kongsikan segala yang baik, segala yang tidak, segala yang sedih, segala yang hiba, segala yang gembira, segala yang duka, segala yang mungkin mendatangkan kebaikan kepada diriku, dan juga diri orang lain. Apa yang perlu, malah apa yang tidak perlu, apa yang menenangkan, juga apa yang memeritkan, akan kucoretkan di sini.
Dengan IzinNya,
kerana di sinilah aku kembarakan irama rasa akarku.

Subscribe to:
Posts (Atom)