Monday, December 21, 2009

Mistakes and Forgiveness

Aku sedar, mungkin aku ini banyak melakukan salah. Banyak kah aku melakukan kesalahan?
Atau aku sahaja yang selalu menyalahkan diri untuk meredakan keadaan? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku manusia biasa, tidak lari dari melakukan kesilapan. Dan semua manusia lain juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Mana yang aku tahu aku silap, akan ku cuba untuk betulkan.

Kesilapan adalah guru yang baik. Tanpa kesilapan kita tidak akan sedar yang kita telah salah. Kadang2 kita manusia mempunyai ego kita sendiri, kita tahu kita salah, tetapi kita enggan mengakuinya. Kerana kita takut untuk meminta maaf. Perkataan maaf itu terlalu sukar untuk dilafazkan. Dan adakalanya pula, memang kita tidak sedar yang kita melakukan kesilapan. Kerana tiada yang menyedarkan kita!

Melakukan kesalahan tidaklah salah. Kerana kesalahan2 yang dilakukan akan mendewasakan kita. Tetapi jika kita tahu kita salah, bertindaklah untuk membetulkannya.

Dan jika ada yang bersalah terhadap kita, berusahalah untuk memaafkannya. Memetik kata seorang pakar motivasi terkenal, "jika kita ingin berasa tenang, setiap malam sebelum melelapkan mata, maafkanlah semua orang."

Apa yang penting?

Kemaafan

HambaMalam

No comments:

Post a Comment