Apa itu ketenangan?
Ya, ia terlalu subjektif bukan? bagi seorang yang ini, ketenangan tak lain dan tak bukan cuma satu perasaan yang tidak negatif. Itu sahaja, Bagi yang seorang ini pula, ketenangan bermaksud tidak perlu memikirkan apa-apa, hanya bersantai di tempat yang sunyi, damai, tanpa perlu memikirkan apa-apa. Mindanya kosong, jiwanya stabil.
Tetapi tak semua yang beranggapan ketenangan itu perlukan kesunyian, ada juga yang tenang di dalam kebingitan, di dalam kekalutan. ketenangan itu tersangatlah subjektif. Bergantung kepada individu, bergantung kepada suasana, bergantung kepada sebab ketidaktenangan seseorang.
Ketenangan bagiku? juga amat subjektif. Hendak diterangkan tetapi tidak tetap. Sekarang yang ini maksudnya tenang, besok yang itu pula tenang bagiku. Berubah-ubah.
Di saat aku mencoret ayat ini, aku berasa tenang. Kenapa? Entahlah. Subjektifnya maksud ketenangan itu, sesuailah dengan sifatnya, berubah- ubah. Mungkin sekarang aku tenang, tetapi esok?
Kebelakangan ini, jarang sekali aku mendapat ketenangan. Maka aku bersyukur kerana saat ini aku dikurniakannya.
Sampai bila harus begini?
HambaMalam
Saturday, December 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment