Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh..
Syukur Alhamdulillah, setelah lama aku berfikir, setelah lama aku berkira-kira untuk mewujudkan sebuah blog peribadi atau tidak, akhirnya keputusanku adalah untuk menjadikannya satu realiti.
Penulisan sememangnya telah menjadi minatku semenjak aku di bangku sekolah menengah, hingga hari ini, entah berapa banyak puisi telah kutulis, namun semuanya tersimpan di dalam buku usang yang kini telah hilang. Hanya kira-kira 30 puisi yang sempat kusalin di dalam cakera keras laptopku ini. Mungkin takdir hanya mahukan aku menyimpan kenangan dan makna di dalam yang 30 itu.
Blog menjadi dilema bagiku, kerana tulisan2ku seringkali berdasarkan hati dan perasaan, sekali sekala ia dibimbing oleh minda, namun hati dan perasaanlah yang menggerakkan jari jemariku ini. Dilema, wujud kerana blog ini adalah milik umum, dan umum dapat membacanya, maka umumlah yang menilainya. Lalu akhirnya yang dinilai subjeknya - adalah Aku, hatiku, perasaanku.
Dilema ini aku ketepikan, kerana di dalam diri ini seolah-olah ada sesuatu yang meronta-ronta ingin diluahkan, ingin dizahirkan agar tidak aku seorang sahaja yang mengetahuinya. Selama ini memang aku ingin meluahkan, namun tiada tempat. Adapun tempat untuk kuluahkan, namun tiada yang mendengar. Mungkin, inilah cara terbaik, Mungkin.
Dan dalam coretan pertamaku ini, Aku ingin memohon maaf terdahulu kepada sesiapa sahaja yang mungkin akan terasa mahupun tersinggung dengan coretan-coretanku yang akan datang. Kerana hati dan perasaan kita takkan dapat kita duga, senyum sekarang, dan mungkin menangis seketika lagi.
InsyaAllah, akan ku kongsikan segala yang baik, segala yang tidak, segala yang sedih, segala yang hiba, segala yang gembira, segala yang duka, segala yang mungkin mendatangkan kebaikan kepada diriku, dan juga diri orang lain. Apa yang perlu, malah apa yang tidak perlu, apa yang menenangkan, juga apa yang memeritkan, akan kucoretkan di sini.
Dengan IzinNya,
kerana di sinilah aku kembarakan irama rasa akarku.
HambaMalam
Friday, December 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku bukkan blogger tegar... tapi bebera post aku pun da org serang... then again.,. aku mmg cakap lepas...
ReplyDeleteTak semua org akan suka apa yang kuta bakal tulis, telas tulis, akan cakap atau pun dah cakap/..
tapi itulah lumrah dunia...
Rasul ALLAH pun ada musuh... lagilah kita manusia yang penuh dosa....
tapi lek la... aku rasa irama rasa akar kau akan dapat sambutan positif... Amin...
amin..
ReplyDeletebetul tu..tak semua org suka dgn apa yg kita buat..dan tak semua gak yg xsuka..
biaselah tuu..lumrah kan..
aku tulis ni pon sbb rs cm ade keperluan..nk isi masa lapang..n nk luahkan ape2 yg aku rase nk ckp..
orait..senang2 singgahla lagi..
thanks..