Tuesday, December 29, 2009

Azam Tahun Baru 2010?

Ya. Hari ini aku ingin menulis sedikit tentang azam tahun baruku. Sebelum ini memang sangat jarang aku berazam apabila tibanya tahun baru. Kerana aku tidak merasakan berazam itu bermakna. Mungkin sebab itulah aku selalu tidak sedar kelemahanku. Jadi, inilah beberapa perkara yang ingin aku cuba ubah di tahun 2010 yang akan datang.

1. MENGURANGKAN MARAH - Aku memang seorang yang pemarah dan kurang tenang. Aku tahu, banyak kali sifat marahku ini telah membawa kepada banyak perkara-perkara negatif dalam hidupku. Banyak yang telah musnah akibat sikapku ini. Sifat pemarah ini amat berbahaya jika tidak dikawal. Aku ingin meminta maaf, sekiranya aku ada melakukan salah kepada siapa2 akibat perasaan marahku ini. Aku berjanji yang aku akan sedaya upaya cuba untuk mengawal perasaan yang dibenci ini. Jika aku terlupa, ingat2kanlah aku. Faisal, RILEKS!

2. MENINGKATKAN SABAR - Apabila aku marah, aku tahu yang aku terlalu mudah hilang sabar sehingga kadang2 aku melakukan perkara-perkara yang mungkin dianggap gila. Gila dalam ertikata di luar kebiasaan yang biasa, tetapi tidaklah sampai mencederakan secara fizikal. Aku masih waras. Namun aku tahu yang aku sangat perlu meningkatkan kesabaranku. Kerana ini akan banyak membantu dalam merealisasikan azamku yang pertama. Faisal, SABAR!

3. SENYUM - Senyum itu sedekah. Sedekah yang tidak memerlukan aku menyeluk poket untuk memberinya. Apabila orang senyum kepada aku, bahkan apabila aku senyum dan orang tidak membalas, tidak mengapa, senyumlah sahaja. Tak kisah lah, jika orang berbudi, atau orang buat taik kepada aku, senyum. Pemanis wajah kita, tak lain dan tak bukan, senyum. Faisal, SENYUM!

Inilah tiga azamku yang utama untuk tahun ini, azam-azam lain seperti meningkatkan ibadah, mengekalkan pointer, upgrade motor, simpan duit dan macam2 lagi turut tidak kulupakan. Namun yang ingin aku fokuskan adalah yang tiga di atas. Kerana aku merasa amat perlu untuk aku ubah diriku ini, terutama yang PERTAMA dan yang KEDUA jika aku ingin hidup bahagia.

Aku mohon kepada Yang Maha Esa, untuk membantu hambaNya ini berubah. Dan aku juga ingin memohon kepada insan-insan yang sudi menegurku, sedar atau tidak sedar, agar sentiasa mengingatkan aku tentang kewajipanku untuk melakukan perubahan-perubahan ini.

InsyaAllah

Selamat Tahun Baru

HambaMalam

3 comments:

  1. the first two is alright....

    the third, please dont... i get creeps when u smile....

    ReplyDelete
  2. siot..

    mesti ko ingt aku senyum sbb nk molest ko kan?
    hahahaha...

    ReplyDelete
  3. ktk pemarah? yakah.. duhal tek..
    gudluck k! =) n slmt taun baru cikgu. hehe

    ReplyDelete