Flashback atau Imbas Kembali - jika di dalam kesusasteraan, tak kiralah Melayu, Inggeris, Cina, Arab atau mana-mana kesusasteraan yang mempunyai unsur penceritaan, imbas kembali jarang dilupakan. Teknik ini adalah untuk menceritakan kembali kepada audiens tentang perkara2 yang telah berlaku di masa silam kisah tersebut.
Baiklah, lupakan Flashback di dalam sastera. Flashback di dunia nyata juga wujud. Dan buktinya kini di duniaku ini, di dalam hidupku sendiri! Namun flashback ini di luar kawalanku, aku tiada remote control untuk stop, forward atau pause imej2 itu. Maka terjadilah kecelaruan di dalam mindaku ini, dek kerana flashback2 tidak diingini yang terus menghantui jagaku.
Celik saja mataku ini, terus berputar imbasan2 tak diingini, seolah2 filem sedih yang sangat menghibakan terus bermain2 di depan mata, di telinga, dan di mindaku ini. Maka seharianlah aku berusaha memenuhi hariku dengan rutin lain dengan harapan mampu mengalih perhatianku dari flashback2 ini. Namun sesaat aku santai, terus saja ia bermain!
Dan di kala malam seperti ini, semakin ligat pula filem itu berputar. Jiwaku kacau. Mataku tak mampu untuk lena, dan aku pula tak henti-henti memikirkan perkara yang seharusnya tidak kufikirkan. Jika diberikan pilihan, memang aku ingin untuk tidak memikirkannya, tetapi apakan daya...
Berfikir adalah tindakan di luar kawalanku..
HambaMalam
hmm...
ReplyDeleteadagak memori2 yang aku nak lupa... tapi jauh dalam hati aku kate, jangan lupakan... semuanya pasal dendam... atauy terlampau sayang...
nak buat macamana... adalah hikmah kau ter-flashback... cuba fikirbalik apsal kau berfikir...
berfikir secara kritis dan kreatif BOLEH menjadi tindakan dalam kawalan kau...
kalau berfikir kritis n kreatif x pe la..xkesah gak kalo selalu flashback..
ReplyDeleteni flashback bende2 yg wt aku sakit ati je..rs nk racing je bila pk bende2 tuh..haha..
aku pn dh stat nampak hikmah2nya..adakalanya bende2 tuh buat aku nampak apa yg aku xpernah nampak atau terfikir pn sebelum ni..
Allah Maha mengetahui beb..